Gambar yang tular di media sosial.
KUALA LUMPUR – Bekas penyelaras Parlimen Jasin bagi Pakatan Harapan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menjelaskan, gambar beliau bersama Tun Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah yang tular di media sosial hari ini adalah gambar lama yang dirakam empat tahun lepas.
Dalam hantaran di laman Facebook, Khairuddin berkata, jika beliau tidak silap gambar tersebut dirakam beberapa hari selepas umat Islam meraikan kehadiran Syawal.
“Ini bukan gambar baharu!! Saya yakin ada kalangan tertentu yang tidak  bertanggungjawab cuba ‘menangguk di air yang keruh!” katanya.
Turut kelihatan dalam gambar tersebut isteri beliau Datin Seri Umie Aida yang juga seorang pelakon.
Khairuddin turut tidak faham mengapa gambar tersebut ditularkan pada saat dan ketika ini.
Beliau mendakwa, ada pihak yang tidak bertanggungjawab sedang cuba untuk mewujudkan pelbagai spekulasi di saat negarasedang menghadapi suasana politik yang tidak menentu.
“Sebagai rumusannya, saya ingin menafikan bahawa ini bukan gambar baharu sepertimana yang digembar-gemburkan oleh kalangan tertentu yang tidak bertanggungjawab serta berniat jahat dalam sosial media pada hari ini,” katanya.
Selain Ahli Parlimen Gua Musang, turut kelihatan isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Gambar tersebut pada awalnya dimuatnaik di laman Facebook Kelab Che Det dengan penerangam gambar tersebut telah dirakam sebulan lalu.
Paparan gambar itu menunjukkan Dr Mahahtir memakai pelitup muka yang diletakkan di dagu. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Raya 4 tahun lalu kena pakai mask jugak ye? Sorang pakai.. Sorang pegang je mask… Ermmm masa tu virus apa ye???

Comments are closed.