KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishamuddin Hussein kekal dengan pendirian untuk menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri dan tidak mahu bekerjasama dengan DAP.

Menteri Luar Negeri itu juga menegaskan beliau konsisten dengan No Anwar, No DAP.

Hishammuddin menulis di laman Facebook hari ini selepas penularan surat kononnya dari Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak yang memberi sokongan tidak berbelah bagai kepada Anwar.

“Seperti Presiden UMNO Zahid Hamidi sebut sebelum ini, beliau tidak boleh menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO dan BN menyokong Anwar Ibrahim.

“Tetapi jika surat yang tular hari ini benar, saya tidak pernah dimaklumkan dan ia BUKAN pendirian saya sebagai ahli UMNO.

“Saya mahu nyatakan dengan jelas, saya tidak sokong Anwar sebagai Perdana Menteri. Saya konsisten – No Anwar, no DAP,” tulisnya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Lepas surat Najib dan Zahid, surat Anwar kepada Istana pula tular

Hishammuddin konsisten menolak Anwar apabila baru-baru ini menegaskan beliau menyertai  Kabinet berdasarkan prinsip dan sokongan penuh terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerajui tampuk kepemimpinan negara.

Beliau juga pernah menyifatkan Anwar sebagai terdesak kerana mendakwa memperoleh sokongan kukuh dan meyakinkan untuk mengambil alih tampuk kerajaan.

Bekas Naib Presiden UMNO itu juga menempelak Anwar kerana bertindak  mengulang propaganda yang memalukan kerana dibangkitkan ketika negara sedang dilanda musibah.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan, berkata Pejabat Presiden parti itu tidak pernah mengeluarkan surat berkenaan. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Saya tidak sokong Anwar jadi PM – Khairy

1 Komen

Comments are closed.