Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersalaman dengan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik (kiri) pada majlis Syarahan Negarawan 2018 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 25 SEPTEMBER 2018.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersalaman dengan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik (kiri) pada majlis Syarahan Negarawan 2018 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 25 SEPTEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dilihat masih membisu mengenai dakwaan memberi akuan bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Biarpun aktif di Twitter, namun beliau masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenai dakwaan itu.

Yang ada hanyalah perkembangan terkini dirinya mengenai bantuan yang dihulurkan kepada yang memerlukan di kawasan Parlimen Simpang Renggam.

Difahamkan cubaan beberapa media gagal mendapat sebarang kenyataan balas daripada beliau.

Sehingga kini pihak media masih lagi mencuba untuk mendapat komen daripada Maszlee.

Semalam, tersebar Akaun Bersumpah (SD) bertarikh 9 Oktober lalu yang dipercayai mempunyai tandatangan Maszlee.

“Saya dengan ini menyatakan sejujurnya dan rela hati tanpa apa-apa janji, ancaman atau darongan bahawa, saya seikhlasnya memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dan setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dicksan (P132), untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan sehingga sidang Parlimen keempat belas ke-14) dibubar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tulis di dalam SD itu.

Dalam pada itu, SD itu turut menyatakan, Maszlee bersedia untuk dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah. – MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.