Thursday, April 18, 2024
Home Nasional 49 warga kerja Proton positif Covid-19

49 warga kerja Proton positif Covid-19

Proton
Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR – Proton Holdings BerhadĀ  (Proton) mengesahkan seramai 49 kakitangannya positif Covid-19.
Menurut Proton, kesemua mereka daripada bahagian kejuruteraan dan kes telah dilaporkan kepada pihak berkuasa.

“Buat masa ini, semua pekerja yang tidak perlu hadir secara fizikal di kilang Proton Shah Alam telah diarah untuk bekerja dari rumah,” katanya dalam kenyataahn hari ini.

Pada 14 Oktotber lalu, Proton mengumumkan seorang warga kerja disahkan positif Covid-19.

Menurut Proton, syarikat akan terus mengikuti langkah-langkah pembasmian yang disyorkan sambil mengambil tindakan yang lebih ketat untuk mengurangkan penularan wabak itu.

Tambahnya, aktiviti pengesanan kontak sedang dijalankan dan pasukan khas Covid-19 akan memantau situasi terkini secara terperinci. – MalaysiaGazette