Virgil VAn Dijk.

LIVERPOOL – Pemain pertahanan kental Liverpool, Virgil Van Dijk yakin dia mampu bangkit dan beraksi lebih baik selepas pulih daripada kecederaan lutut serius iaitu anterior cruciate ligament (ACL) selepas ini.

Pemain antarabangsa Belanda itu mengakui dia telah bertemu dengan pihak konsultan untuk memulakan proses dan perancangan mengenai rawatan dan pemulihan yang perlu dilalunya.

“Fokus utama saya untuk kembali dalam tempoh yang paling singkat dengan memastikan proses pemulihan berjalan lancar.

“Sudah tentu saya kecewa namun percaya mampu untuk kembali dengan lebih kuat dan memberikan aksi lebih baik berbanding sebelum ini.

“Dalam bola sepak, saya percaya setiap perkara yang berlaku mempunyai sebab dan apa yang lebih penting adalah untuk terus mengekalkan semangat,” katanya kepad DailyMail.

Van Dijk dijangka direhatkan sehingga penghujung musim ini selepas diterjah penjaga gol Everton, Jordan Pickford ketika Liverpool terikat 2-2 pada Sabtu lalu.

Kecederaan itu menyebabkan ramai berpendapat Liverpool akan berdepan kesukaran untuk mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast