Suruhanjaya Sekuriti

KUALA LUMPUR – Firma audit, RSL PLT (RSL), rakan kongsi auditnya dilarang daripada menerima mana-mana entiti kepentingan awam (PIE) atau kumpulan wang jadual sebagai pelanggan dan mengaudit penyata kewangan mereka selama 12 bulan
bermula 1 November 2020.

Dua rakan kongsi audit firma yang terlibat ialah Lim Lip Chin dan Lim Sang Chee.

Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berkata, firma audit dan rakan kongsi auditnya didenda kerana tidak mematuhi piawaian audit mengenai prosedur asas audit dan dasar audit ketika menjalankan kerja pengauditan syarikat awam tersenarai.

Sebagai tambahan kepada larangan tersebut, AOB juga mengenakan denda sebanyak RM175,000 ke atas RSL dan RM44,000 ke atas Lim Lip Chin.

”Penemuan ini mempengaruhi keseluruhan penyata kewangan utama seperti pelaburan dalam syarikat bersekutu, kos pembangunan harta tanah, perdagangan dan penghutang lain, pendapatan dan kos dari kontrak pembinaan dan penggabungan kumpulan,” kata AOB.

RSL dan rakan kongsi auditnya kemudian mengemukakan rayuan kepada SC terhadap keputusan AOB.

Namun, selepas perbincangan, SC telah menolak rayuan tersebut dan mengesahkan keputusan AOB. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast