Wad kecemasan yang terdapat di Hospital Medan Malaysia bagi misi bantuan kemanusiaan pelarian Rohingya ke Chittagong, Bangladesh di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan hari ini. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR – Hospital Medan di Tawau mula beroperasi minggu ini dan telah menerima empat orang pesakit, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Alhamdulillah, saya ingin umumkan bahawa hospital medan ini sudah pun beroperasi dan telah menerima empat pesakit hari ini. Pengoperasian Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini sebagai bantuan sokongan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan memberi fokus kepada rawatan kes-kes bukan Covid-19,” katanya ketika sidang media hari ini.

Untuk rekod, Hospital Medan ATM diwujudkan untuk rawatan merangkumi perkhidmatan perubatan am, pembedahan am, obstetrik & ginekologi, ortopedik dan perubatan kanak-kanak dari Hospital Tawau.

ATM katanya lagi sentiasa bersedia memberi bantuan sokongan khususnya mewujudkan sebuah lagi Hospital Medan ATM di Kota Kinabalu (KK) sekiranya perlu.

“Jika ika terdapat keperluan kita bersedia unutk membantu KKM di dalam menambahkan jumlah katil di Sabah, kita bersedia fokus non-health Covid-19,” tambahnya.

Antara fokus Hospital Medan ATM itu katanya termasuk pembedahan trauma dan kecemasan, wad bersalin dan lain-lain.-MalaysiaGazette