Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed bercakap pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 OKTOBER 2020.

KUALA LUMPUR – Polis tidak akan sewenang-wenangnya membebaskan Addy Kana dan ahli sindiket yang dikaitkan dengan pelaburan haram Macau Scam, sebaliknya siasatan terperinci dan menyeluruh ke atas mereka akan diteruskan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Komisioner Datuk Huzir Mohamed berkata, siastaan awal mendapati sindiket yang didalangi Addy Khana tertumpu kepada pengendalian pusat antarabangsa Macau Scam yang mempromosikan judi dalam talian dan memperdaya mangsa membuat pelaburan mata wang asing.

Katanya, Addy Kana dan seorang lagi individu yang masih bebas itu berperanan sebagai kordinator dan ejen penyedia sewa rumah kemudahan logistik dan teknologi Internet yang terbukti menjadi satu kesalahan serius.

Beliau berkata, tangkapan tiga lelaki termasuk Addy Khana selepas dilebaskan SPRM dibuat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 selama 21 hari dan lanjutan reman selama 38 hari juga akan dipohon di bawah Seksyen 4(2)(a) akta yang sama.

Menurut Huzir, penglibatan Addy Kana dalam sindiket tersebut walaupun tidak secara langsung merupakan satu kesalahan beliau, perbuatan sindiket didalangi Addy Kana terlibat dengan pelaburan haram satu kesalahan juga.

“Rentetan tangkapan geng sindiket Addy Kana oleh SPRM dan PDRM, Jabatan Siasatan Jenayah telah melancarkan operasi berkaitan Macau Scam pada Sabtu lalu iaitu sebanyak 12 serbuan sekitar Lembah Klang termasuk Cheras dan Kajang.

“Kita berjaya menyerbu beberapa premis yang dipercayai menjalankan aktiviti-aktiviti Calling Centre (Pusat Panggilan) dan seramai 138 individu ditangkap.

“Daripada jumlah suspek pelaburan haram itu, 95 orang adalah warga China dan 43 lagi adalah orang tempatan sekaligus berjaya menumpaskan sindiket Calling Centre yang beroperasu di Lembah Klang sementara usaha masih dilipat gandakan,” ujar beliau.

Katanya dalam serbuan terbaharu di Cheras, D7 JSJ Bukit Aman berjaya menumpaskan satu sindiket berunsur pelaburan Macau Scam dan mata wang Krypto yang mempromosikan pelacuran dengan aplikasi QQ, We Chat dan Wei Bo mensasarkan pelaburan China dan wang tunai RM2.5 juta dirampas.

Malah jelas beliau, daripada 138 suspek sindiket pelaburan Macau Scam itu, sebanyak 55 suspek akan dicadang dituduh di mahkamah di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1959 dan 85 lagi akan diambil tindakan di bawah POCA selain saki baki ‘target’ masih dikesan polis.

Beliau mengakui tindakan kerajaan China mengharamkan aktiviti ini secara holistik memaksa sindiket ini mengubah tempat dan arah dengan kemudahan jaringan komunikasi serta tekologi maju in ternet di negara ini menambah kecenderungan mereka beroperasi di sini.

“Malah dasar keterbukaan Visa Ketibaan (VOA) di negara ini serta bahasa mandarin yang menjadi platform komunikasi antara warga China dan komuniti Cina tempatan di sini memudahkan sindiket macau Scam ini selesa beroperasi.

“Kita akan mencadangkan kepada Kementerian Komunikasi dan Mutimedia (KKMM) membawa cadangan ‘pengharaman aplikasi We Chat, Wei Bo sebagai salah satu tindakan menyekat operasi (Macau Scam,” tegas beliau.

Huzir juga menegaskan Pusat Panggilan Macau Scam beroperasi secara antarabangsa dan tempatan yang mana sindiket yang beroperasi di Malaysia dikendalikan majoriti warga China berbahasa Mandarin dan juga Indonesia.

Ujar beliau, anggota sindiket yang tidak boleh berbahasa Melayu melantik kordinator sewa rumah, kemudahan logistik dan sebagainya untuk menggerakkan operasi haram itu menggunakan bahasa Mandarin dan Indonesia serta mata wang asing.

Beliau juga mengakui Addy Kana mempunyai jenayah lampau dan pernah ditahan dibawah Ordinan Darurat kerana terlibat dalam jenayah samun.

“Dia pernah ditangkap dalam jenayah samun yang berat dan setakat ini belum melihat penglibatan ahli politik tetapi akan disiasat secara mendalam untuk membongkar misteri dia,” katanya. – MalaysiaGazette