Nik Khatijah Nik Mud strangled IKRAM murder Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat
Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang juga pemilik sebuah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan ditahan pagi ini bagi membantu siasatan berhubung kes pencemaran air Sungai Gong, Rawang.

Turut ditahan anak lelakinya dan enam pekerja termasuk empat warga asing dari Nepal, Pakistan dan Myanmar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, kesemua mereka akan direman esok di Mahkamah Selayang.

Siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

Fadzil berkata, pada 19 Oktober 2020 jam lebih kurang 12.38 pagi, pihak Air Selangor telah mengesan bau luar biasa pada sumber air mentah di Sungai Selangor.

Ekoran itu Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas apabila kadar bau dikesan pada paras 3 ton.

Pada jam 2 pagi, beberapa LRA lain terpaksa dihenti tugas apabila kadar bau dikesan pada paras 3 ton.

Hasil siasatan awal mendapati bau yang dikesan berakhir di alur air Sungai Gong, Rawang yang disyaki bermula dari sebuah syarikat membaiki dan menjual jentera jentera pembinaan.

Pencemaran itu menyebabkan lebih sejuta pengguna membabitkan 1,292 kawasan di enam wilayah Lembah Kelang mengalami gangguan bekalan air. – MalaysiaGazette