FRESNO, California – Sebuah jet pejuang terhempas di Gurun Mohave namun juruterbangnya berjaya keluar daripada pesawat itu, kata Tentera Laut Amerika Syarikat (AS)

Pesawat F/A-18-18E Super Hornet dari Stesen Udara Tentera Laut Lemoore, California terhempas di Lembah Superior yang terletak di selatan Stesen Persenjataan Udara Tentera Laut Tasik China.

Menurut kenyataan Stesen Lemoore, juruterbang itu telah dibawa ke kemudahan perubatan tempatan untuk pemeriksaan, lapor AP.

Katanya, pesawat tersebut melakukan misi penerbangan rutin. Tentera Udara berkata, ia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan. – MalaysiaGazette