Nasruddin Hassan Tantawi
Nasruddin Hassan

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasruddin Hassan berkata, rakannya Menteri Perladangan Perusahaan dan Komuniti, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali tidak pernah menerima arahan untuk menjalani kuarantin.

Dalam satu kenyataan hari ini, Nasruddin berkata, kenyataan itu diberitahu sendiri oleh Mohd Khairuddin ketika dihubungi beliau.

“Ana (Khairuddin) telah jalani swab test dan keputusannya negatif, ana tidak pun diarahkan untuk menjalani kuarantin, apatah lagi dipakaikan gelang pink,” kata Mohd Khairuddin kepada Nasruddin.

Beliau yang juga Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia yang baharu bersyukur apabila rakannya itu dilepaskan oleh Pejabat Peguam Negara (AGC), semalam.

“Syukur saya kepada Allah apabila membaca kenyataan media oleh Jabatan Peguam Negara kelmarin yang mengesahkan hasil siasatan polis bahawa tiada kes pelanggaran perintah kuarantin ke atas sahabat saya Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali.

“Beberapa bulan yang lalu, sahabat saya itu telah menjadi mangsa belasahan cybertrooper dan musuh politik beliau dengan fitnah kononnya telah “melanggar perintah kuarantin”. Terdapat juga pihak yang mendakwa beliau ingkar arahan dan memotong gelang pink,” katanya lagi.

Semalam, Pejabat Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak mengambil tindakan lanjut terhadap Dr. Mohd Khairuddin kerana melanggar kuarantin wajib Covid-19 selepas pulang dari Turki.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Komisioner Datuk Huzir Mohamed berkata, kertas siasatan lengkap telah dirujuk polis kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, katanya, Peguam Negara memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) ke atas pemimpin Pas yang mewakili Parlimen Kuala Nerus itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Tiada isu pun dengan Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali ni, dikatakan dah kena kompaun pun!

    Yang menjadi isu sekarang ialah dikatakan seorang RASIS dari sebuah parti chauvinist dari negara ini telah pergi ke Thailand untuk bergabung dengan rakan2 kaum mereka disana untuk bersama2 berdemonstrasi menghasut rakyat asal/asli Thai untuk membenci raja mereka?

    Ini sesuatu yang tidak wajar dan amat serius! Diharap pihak polis dapat bekerjasama dengan polis Thailand untuk menyiasat!

Comments are closed.