TERKINI : Parti PUTRA Merayu Sumbangan dan Lancar 3 Tabung – Ibrahim Ali

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) melancarkan tiga tabung serentak dalam meneruskan kelangsungan operasi parti itu pada masa akan datang.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, sumbangan orang ramai diperlukan untuk disalurkan kepada Tabung Perjuangan Putra, Tabung Selamatkan Rizab Melayu dan Dana Bantuan Guaman.

Beliau mengakui sebelum ini Putra hanya beroperasi tanpa sebarang bantuan dan dana kecuali menerusi yuran ahli dan sumbangan Ahli Majlis Tertinggi yang secara purata antara RM100 hingga RM200.