Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir bagi mempengerusikan mesyuarat khas bersama menteri kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 23 OKTOBER 2020

PUTRAJAYA – Kesemua Menteri Kabinet Perikatan Nasional dipanggil untuk menghadiri satu mesyuarat khas hari ini yang kebiasaanya dibuat pada hari Rabu.

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Perdana Putra pada jam 8.57 pagi.

Ia kemudiannya diikuti menteri-menteri lain antaranya  Menteri Pertanian dan Industri Makanan ialah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dilihat memasuki Perdana Putra jam 9 pagi.

Menteri Pengakutan, Datuk Seri Wee Ka Siong hadir pada mesyuarat khas bersama menteri kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 23 OKTOBER 2020

Beberapa minit kemudian, Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah memasuki Perdana Putra bagi menghadiri mesyuarat Kabinet.

Pada jam 9.11 pagi, kelihatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, diikuti Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, dan Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Hal Ehwal Udang-Udang), Datuk Takiyuddin Hassan hadir pada mesyuarat khas bersama menteri kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 23 OKTOBER 2020

Selang tujuh minit kemudian Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin memasuki Perdana Putra.

Ia disusuli empat lagi menteri penuh iaitu Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zulkifli Mohamad, Menteri Air dan Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dan Menteri Perladangan Perusahaan dan Komuniti, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali dilihat memasuki Perdana Putra.

Terakhir dilihat memasuki adalah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Untuk rekod, ini mesyuarat pertama kali diadakan setelah PErdana Menteri selesai menjalani kuarantin kali kedua.

Rabu lalu, kesemua mereka mengadakan mesyuarat Kabinet secara maya.

Mesyuarat khas ini dikhabarkan desas-desus mengenai rombakan Kabinet. – MalaysiaGazette