Chacha Maembong.

KUALA LUMPUR – Pelakon Chacha Maembong membuat satu laporan polis susulan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan aktiviti Macau Scam.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Chacha memberitahu laporan itu dibuat bagi menghentikan dan menafikan segala tuduhan ke atas dirinya.

“Pada 20/10/2020, saya telah membuat satu laporan polis diatas nasihat peguam saya. Tujuan laporan ini adalah bertujuan untuk memberhentikan dan menafikan segala fitnah yang berleluasa tentang diri saya berkenaan isu Macau Scam dan juga tuduhan aktiviti pelacuran.

“Saya juga akan bekerjasama dengan pihak SPRM dan pihak POLIS jika dipangil untuk memberikan kerjasama dan saya juga akan mengambil tindakan kepada individu yg telah memfitnah dan menyebarkan tuduhan tersebut,” tulisnya.

Baru-baru ini, nama adik pelakon Emma Maembong itu antara artis yang disebut-sebut mempunyai kaitan dengan Macau Scam.

Bagaimanapun, pelakon itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan.

Sebaliknya, beliau menegaskan perniagaan yang dijalankan daripada hasil usahanya sendiri serta kerjasama dengan sebuah jenama terkenal.

Chacha juga memberitahu tindakan susulan akan dijalankan oleh pihaknya dan kes tersebut masih dalam siasatan.

“Saya tidak akan membuat sebarang kenyataan sehingga siasatan pihak polis selesai. Sekian terima kasih,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast