Serina masih menjadi pilihan pengasas produk untuk menjadi duta sejak bermulanya PKP.

KUALA LUMPUR – Pelakon Serina Redzuawan meluahkan rasa syukur kerana diberi rezeki yang tidak putus-putus sejak Pelaksanaan Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu ketika selebriti lain ada yang terpaksa ikat perut dan hilang pekerjaan.

Serina, 37, memberitahu, selain sibuk mengurus perniagaan fesyen muslimah, dia terharu kerana masih menjadi pilihan pengasas produk, apatah lagi urusan tawaran itu berjalan lancar dan dipermudahkan tanpa banyak masalah.

Jelas ibu tunggal dua anak itu, niat menerima tawaran duta bukan kerana wang semata-mata namun ingin membantu mereka yang kehilangan pekerjaan ketika PKP untuk mencari pendapatan sampingan.

“Bukan sahaja cuba-cuba hendak jadi duta tapi saya seronok hendak tolong dan jual sekali produk masa PKP. Ini kerana ketika itu ramai terperuk kat rumah, ada yang tekanan, sakit, yang makan banyak hingga angin penuh dalam badan.

“Jadi sambil jadi duta saya hendak bantu mereka yang tiada kerja kerana ada yang kena buang kerja. Alhamdulillah saya berjaya mampu melahirkan ramai stokis dan ejen di bawah rangkaian saya dengan membimbing membimbing mereka ini,” katanya.

Serina kini menjadi pilihan pengasas produk untuk menjadi dutanya antara produk jamu jenama Seeri.

Serina mengamalkan jamu sejak zaman remaja.

Mengulas lanjut, heroin filem Zack Kapcai itu berkata, menjadi duta jamu tidak menjadi masalah utama kepada dirinya kerana sudah lama mengamalkan produk herba itu secara tradisional.

Namun jelas, dia terpanggil menerima tawaran produk jenama Nurrifa itu kerana keunikan produknya yang moden dan sesuai untuk lapisan wanita sama ada umur, bujang atau sudah berkahwin.

“Saya menjadi duta Seeri sejak Mac lalu dan rasa terpanggil untuk bersetuju jadi duta kerana saya memang suka makan jamu dan keunikannya adalah jamu moden. Untuk golongan muda untuk makan jamu yang pahit dan dalam bentuk rempah, memang mereka tidak sanggup. Tapi jamu Seeri bukan sahaja bahan aslinya kekal tapi diinovasi dalam gula-gula pastil yang membuatkan ia produk berkualiti dan saya mahu membantu untuk kembang lagi produk itu.

“Saya sudah amal dan kesan luar biasa serta jamu Seeri ini yang pertama rasa sedap seperti jeli, kesan pantas dan sambutan luar biasa di kalangan semua lapisan wanita termasuk remaja hingga berusia, bujang dan berkahwin apatah bahan utamanya antaranya manjakani, garam bukit dan mas cotek,” katanya.

Berkongsi pengalaman memilih tawaran duta, Serina yang juga anak kepada chef selebriti, Chef Wan berkata, selebriti memilih syarikat yang betul dan produk tepat serta terbaik di pasaran.

“Alhamdulillah, bertambah rezeki saya bersama syarikat yang betul dan syarikat yang bagus kerana apabila orang percaya semakin meningkat jualan produk.

“Saya gembira dengan dengan Jamu Seeri apatah lagi pengasasnya yang baik kerana mengambil berat tentang ejen dan duta, memberi banyak anugerah kepada stokis dan ejen yang mencapai sasaran jualan,” katanya.

Sementera itu, Serina berkata, mereka yang ingin menambah pendapatan sampingan boleh menghubunginya di talian +60166919156 atau Instagram: serinaredzuawan.

Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan hak penjagaan anak berpihak kepada pelakon itu selepas meneliti permohonan yang dibuatnya sejak tiga tahun lalu.

Hakim Syarie Salehan Md Yatim memutuskan Serina berhak mendapatkan hak jagaan terhadap anaknya, Isabella Saffiya O’luanaigh yang berusia sembilan tahun.

Bagaimanapun mahkamah memutuskan seorang lagi anak lelaki Serina, Tristan Tareef O’luanaigh,10, dijaga bekas suami Serina, Gavin Edward O’luanaigh, 43, atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar. – MalaysiaGazette