Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyusun sampel yang diambil ujian saringan kakitangan Menara Telekom Malaysia (TM) secara pandu lalu di Lobi Menara TM ekoran terdapat 10 orang kakitangan Menara TM yang positif Covid-19 dilaporkan di sini semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 19 OKTOBER 2020

KUALA LUMPUR – Dua lagi daerah dengan satu di Semenanjung dan satu di Sabah dikategorikan zon merah, semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daerah Seremban dan Kinabatangan menjadi zon merah terbaharu apabila mencecah lebih 40 kes positif Covid-19.

Kedua-dua kawasan itu diklasifikasikan sebagai zon merah, menjadikan jumlah keseluruhan zon merah kini berjumlah 28 kawasan dengan 16 daripadanya di Sabah.

KKM melaporkan terdapat 50 kes positif Covid-19 di Seremban, Negeri Sembilan dan 42 kes di Kinabatangan, Sabah.

Kota Kinabalu kini mencatat tertinggi kes positif Covid-19 dengan 1,582 kes diikuti Semporna 971 kes.

Sandakan (747), Tawau (962), daerah Timur Laut, Pulau Pinang (402), Tuaran (444), daerah Petaling dengan 481 kes, Lahad Datu (558),

Sementara di Papar (245), deaeah Klang (185), Penampang (222), dan Putatan (208), Kota Belud (103), Seberang Perai Selatan (115), Larut Matang Selama (76), Hulu Langat (172), Gombak (117), Labuan (110), Kunak (101), Kuala Langat (97), Ranau (52), Keningau (60), Beaufort (51), Kudat (98) dan Titiwangsa (43).

Sementara itu, daerah Kota Setar mengalami pengurangan drastik dengan hanya 272 kes direkodkan sehingga semalam.

Dalam pada itu, Tambunan di Sabah keluar daripada zon merah apabila mencatatkan kes kurang daripada 40. – MalaysiaGazette