Radio Televisyen Brunei turut memuat naik montaj pengumuman kemangkatan tersebut ke portal dan Youtube.

BANDAR SERI BEGAWAN – Anak Sultan Brunei, Putera Abdul Azim mangkat pada 10.08 pagi tadi, umum Radio Televisyen Brunei hari ini.

“Anak kepada Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Putera Haji Abdul Azim meninggal dunia pada 17 Rabi’ul-awal (24 Oktober 2020) pada 10.08 pagi waktu tempatan.

“Pemakamannya akan dijalankan selepas solat Asar,” kata pengumuman tersebut.

Difahamkan baginda Putera Abdul Azim telah dimasukkan ke hospital sebelum ini atas komplikasi kesihatan.

Sehubungan itu, Brunei akan berkabung selama tujuh hari dan seluruh rakyat digalakkan untuk memakai pakaian putih.

Radio Televisyen Brunei turut memuat naik montaj pengumuman kemangkatan tersebut ke portal dan Youtube.- MalaysiaGazette