Pesawat latihan T6-B Texan II.

ALABAMA – Dua askar Amerika Syarikat (AS) terbunuh selepas pesawat milik tentera laut terhempas di Foley, dekat sini.

Jet malang itu adalah pesawat latihan T-6B Texan II, terhempas kira-kira jam 5 petang. waktu tempatan (2200 GMT) di sebuah bandar berhampiran Pantai Teluk, kata Angkatan Udara Tentera Laut AS dalam satu kenyataan.

“Tidak ada orang awam yang cedera di lapangan,” kata Pejabat Sheriff Baldwin County menerusi Twitter.

Sementara itu Angkatan Udara Tentera Laut dalam kenyataannya berkata, nama-nama mangsa tidak akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam sehingga waris mangsa dimaklumkan.

Pesawat itu berlepas dari Naval Air Station Whiting Field, sekitar 30 batu (48.28 km) timur laut Pensacola, Florida, kata seorang jurucakap Angkatan Laut.

Pejabat sheriff mengatakan pegawai Jabatan Pertahanan dan Tentera Laut AS. akan mengendalikan siasatan dan memberikan maklumat terkini

Ketua Bomba Foley, Joey Darby memberitahu media, kejadian itu menyebabkan sebuah rumah terbakar tetapi dapat dikawal. – MalaysiaGazette