Datuk Teng Chang Kim

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa tidak boleh menyamakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihan Raya Umum (PRU).

Malah Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CCC) DAP, Datuk Teng Chang Kim berkata, kaedah kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk mengelak daripada mengadakan ketiga-tiga pilihanraya itu adalah dengan mengisytiharkan darurat.

“Untuk tujuan mencegah penularan Covid-19, satu cara untuk menggelakkan PRK dan PRN yang wajib itu adalah dengan mengisytiharkan darurat.

“Tetapi, apabila Perdana Menteri kehilangan sokongan majoriti ahli Parlimen, Parlimen tidak wajib dibubarkan,” kata pemimpin DAP itu dalam satu kenyataan hari ini.

Exco Kerajaan Selangor itu juga berkata, langkah kerajaan untuk mengisytiharkan darurat kesihatan di negara ini adalah satu tuntutan yang tidak perlu dibuat.

“Dia (Tan Sri Muhyiddin Yassin) hendaklah meletakkan jawatan secara terhormat dan memberi laluan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri yang baharu. Maka, tidak ada keperluan dan asas mengisytiharkan darurat.

“Annuar, faham beza antara wajib dan sunat? Jangan tipu,” katanya lagi.

Chang Kim merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Ketereh itu yang berkata mana undang-undang yang akan digunakan bagi menangguhkan PRK Batu Sapi dan PRN Sarawak.

“Tolong menasihatkan undang-undang mana yang akan digunakan ketika pengundi Batu Sapi mahu pemerintah tangguhkan pilihan raya. Undang-undang mana yang harus digunakan ketika rakyat Sarawak mahu PRN mereka ditunda kerana takut akan apa yang berlaku kepada Sabah.

“Dan undang-undang mana yang akan digunakan apabila 87 peratus pengundi menunjukkan mereka tidak mahukan PRU kerana takut akan wabak Covid-19,” katanya di Twitter, semalam.

Juga semalam, Mesyuarat khas Kabinet yang berlangsung kira-kira tiga jam di Perdana Putra dikatakan membuat keputusan untuk menggantung sidang Parlimen yang dijadual pada 2 November ini bagi membolehkan usaha menangani pandemik Covid-19 dilaksanakan sepenuhnya.

Langkah bersifat darurat itu diputuskan berikutan peningkatan mendadak kes baharu Covid-19 yang sehingga semalam masih melebih paras 800 kes, malah setiap hari ada sahaja kluster baharu dikenal pasti. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/2020/10/24/biarkan-pilihan-raya-di-sana-sini-nyawa-rakyat-serah-kepada-takdir-annuar/

 

5 Komen

  1. Seronok bila pengkhianat makan gaji buta@haram.
    Padahal dalam Islam dah dinyatakan khianat tu tergolong dalam fasiq yakni dosa besar.
    Tapi sbb kuasa & nak besarkan tembolok, maka peringatan demi peringatan dalam Al-Quran & hadis diketepiian.
    Bahkan ianya termasuk menjadi ikutan ulama2 penunggang agama.

  2. Bodoh.. Kalau din pagoh hilang majoriti nanti dia buat cam sapie bedal.. Sapa naya??.. Rakyat jugak. Kalau tak istihar darurat.. PRN sarawak wajib kena buat sbb dah cukup tempoh. Pastu sarawak lak kena convid macam sabah. Itu pun tak boleh pikir???

  3. sejak lahir kita perlu pedoman agama dan JADI PENUNGGANG AGAMA…Yang SALAHnya ialah AGAMA yang MENUNGGANG kita…akhirnya timbullah FASIQ MURTAD MUNAFIK DAN KAFIR….ISLAM MEMIMPIN KITA bukan KITA MEMIMPIN ISLAM….ya yang ARIF MULUK.

  4. Alaaa bubarkan parlimen, buat jer PRU…rakyat pandai2 lah nak hidup…kalau sakit mampus cepat…apa susah..kita jaga kita

Comments are closed.