Kordinator Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia, Mustafa Mansor (tengah) menunjukkan Memorandum Rakyat Malaysia Untuk Raja-Raja Melayu di perkarangan pintu 2 Istana Negara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 25 OKTOBER 2020

KUALA LUMPUR – Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar dapat memperkenankan beberapa cadangan dan permohonan yang telah dipersetujui bersama dalam kalangan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan itu (NGO).

Koordinatornya, Mustafa Mansor berkata, gabungan 26 NGO itu merayu agar Baginda berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dalam isu melantik Perdana Menteri iaitu menerima calon yang memiliki majoriti di Dewan Rakyat.

Jelas beliau, ini kerana peruntukan menyebut jawatan Perdana Menteri mesti kosong sebelum dilantik yang baharu telah terjawab dalam kes pelantikan Datuk Seri Dr Zabry Kadir sebagai Menteri Besar Perak pada 2009 lalu.

“Mahkamah Persekutuan memutuskan dua perkara iaitu majoriti boleh diterima secara Akuan Berkanun (SD) dan Menteri Besar (MB) baharu boleh dilantik ketika MB semasa waktu itu Datuk Seri Nizar Jamaluddin tidak meletakkan jawatan.

“Kami juga memohon agar Tuanku Agong mengunakan kuasa berdasarkan peruntukan di bawah perkara 40(2)(b) iaitu tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen berikutan krisis politik terkini beberapa pihak mendesak perlu dibubarkan Parlimen.

“Walaupun Agong berkuasa membubarkan Parlimen namun rakyat jelata memohon agar pilihan itu tidak digunakan kerana pandemik Covid-19 yang merebak apabila Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan dua bulan lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membaca kenyataan gabungan itu selepas menghantar memorandum kepada Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong di Pintu 2, Istana Negara di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata, GBMRM juga memohon agar Agong dapat menasihatkan Perdana Menteri untuk meletak jawatan berdasarkan perkara 40(4) iaitu jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat atau menasihati Perdana Menteri membenarkan usul tidak percaya dibentangkan oleh tuan Speaker Dewan Rakyat.

Jelas beliau, satu proses pemilihan semula Perdana Menteri dapat dilaksanakan dengan adil dan saksama.

“Kami turut memohon Agong tidak menyetujui pendapat beberapa ahli akademik yang mahu satu bentuk kerajaan interim dengan Perdana Menteri interim dilantik.

“Perkara ini tidak terdapat di dalam Perlembagaan dan tidak perlu dipersetujui ketika Perdana Menteri semasa Tan Sri Muhyiddin masih memegang jawatan.

“Pada sesi sidang Parlimen yang lalu, rakyat diperlihatkan dengan satu perilaku yang tidak sepatutnya dipamerkan oleh Speaker Parlimen yang bijaksana apabila tidak membenarkan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri dibentangkan di Dewan Rakyat.

“Malah, Speaker Datuk Azhar Harun turut dilapor telah mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat keperluan untuk pihak yang berhasrat membawa usul ke dalam Dewan Rakyat yang mulia perlu berbincang dengan Menteri Undang-undang, Datuk Takiyuddin Hassan.

“Ini jelas telah merendahkan kedudukan setara cabang kuasa legislatif yang pada hakikatnya tidak perlu tunduk kepada cabang eksekutif dalam membuat keputusan secara bebas dan berintegriti,” katanya.

Mustafa menambah, gabungan rakyat itu turut memohon supaya Baginda dapat mencemar duli dan mengarahkan Speaker Dewan Rakyat untuk meluluskan permohonan oleh beberapa ahli Dewan Rakyat bagi membentangkan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri pada sesi Parlimen November ini akan datang.

“Rakyat dengan ini merapak sembah memohon DYMM Tuanku Agong agar dapat mencemar duli dengan menggunakan kuasa dalam Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan untuk mengarahkan Dewan Rakyat membenarkan usul tidak percaya bagi membuktikan Muhyiddin mempunyai cukup majoriti atau tidak untuk mentadbir negara.

“Sebagai seorang pemimpin utama beliau tidak perlu takut kepada kehendak rakyat.

“Kerana keberadaan beliau di jawatan tersebut bukan atas dasar undi majoriti pengundi tetapi melalui laluan pintu belakang,” katanya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Pintu belakang tahi kucing ko..aku rasa NGO ni bodoh..ko tak pyh nk myalak lh NGO cap ayam…aku rasa ko tu yg dtg dr pintu jendela..bodoh punya ngo..idea org tak skolh.

  2. Dh mmg pm x der majority pon.. letak2 la jwtan tu…x malu ke ko naik sbb menipu sd dulu.. Drpda ko mkn hasil x bersih dgn menipu sd baik ko resign laa..suka suki letak nma team Pejuang dlm sd ko pstu claim cukup majoriti…letak jwtan lebih bermaruah bagi ko din..jdilah lebih berintegriti boleh bro!

  3. Apa benda percaya tak percaya…tunggu saja PRU15 masa tu boleh pilih PM mana korang nak…skrg ni rakyat nak bantuan menghadapi pendamic covid 19..bukan kami rakyat nak dengar kamu org politik yg gila kuasa…pergi mampus lah kamu dgn kuasa politik kamu..kamu tunggu PRU15..kami rakyat malaysia yg miskin akan hukum kamu si gila kuasa dan si gila harta dunia.

Comments are closed.