Friday, April 26, 2024
Home Seni Hidup Azim, saya sayang awak – Janet Jackson

Azim, saya sayang awak – Janet Jackson

Foto Instagram Janet Jackson.
KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal antarabangsa, Janet Jackson meluahkan rasa sedih dengan kemangkatan anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Azim Sultan Hassanal Bolkiah pada Sabtu lalu.
Janet Jackson turut mengucapkan ucapan takziah atas pemergian sahabat baiknya itu.
Luahan itu diucapkan adik kepada Michael Jackon itu menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya semalam.
“Azim, saya sayang awak dan Insyallah tiada lagi kesakitan. Dengan nama yang Maha Esa, Dia akan menjaga kamu sekarang. Amin,” tulisnya.
Menerusi laporan Radio Televisyen Brunei (RTB), putera itu dimakamkan di Kubah Makam Diraja selepas Asar.
Susulan itu, pemerintah Brunei memerintahkan rakyatnya supaya mengibarkan bendera separuh tiang dan berkabung selama tujuh hari bermula hari tersebut.
Pengiran Muda Abdul Azim dilahirkan di Bandar Seri Begawan pada 29 Julai 1982 dan mendapat pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Raffles Institution dan Universiti Oxford Brookes, United Kingdom.
Baginda juga pernah mengikuti latihan ketenteraan selama sembilan bulan di Royal Military Academy Sandhurst, London.
Pengiran Muda Abdul Azim dikenali sebagai anak raja yang prihatin terhadap isu kemanusiaan selain bersahabat baik dengan selebriti di Hollywood. – MalaysiaGazette