Muhyiddin Tidak Letak Jawatan, Anggota Kabinet Bertemu | EDISI MG 2ptg – 26 Oktober 2020

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet yang bermula kira-kira jam 11 pagi tadi di bangunan Perdana Putra di sini.

Kesemua anggota Jemaah Menteri tiba di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu bagi menghadiri mesyuarat yang dijangka membincangkan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam.