Kebun bandar

JAKARTA- Kebun bandar kini menjadi pilihan di Indonesia apabila orang ramai di seluruh negara dipaksa duduk di rumah bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Dengan sedikit tanah di belakang rumah atau mana-mana kawasan lapang sekali pun, pekebun bandar kini boleh menanam pelbagai jenis sayuran di atas kawasan terhad di sekitar rumah masing-masing.

Menurut penyelidik bioteknologi haiwan di Institut Sains Indonesia, Endang Tri Margawati, trend tersebut sebenarnya boleh menjadi penyelesaian kepada isu-isu keselamatan makanan semasa pandemik.

Jelas Endang, kebun bandar telah wujud sejak beberapa tahun lepas bagaimanapun jumlahnya boleh ditingkatkan untuk menyokong bekalan makanan.

Katanya lagi, terdapat pelbagai kaedah kebun bandar yang boleh dilaksanakan seperti penananam padi secara hidroponik atau membangunkan sistem integrasi penanaman padi dan penternakan ikan.

Bagi sumber protein, Endang mencadangan penduduk bandar untuk menternak ayam, itik, kamping, biri-biri dan lembu di kawasan rumah seperti yang biasa dibuat di kampung-kampung.

Menurut pengerusi pembangunan dan penyelidikan Kementerian Pertanian, Tahlim Sudaryanto, pandemik telah menyedarkan orang ramai mengenai kepentingan sekuriti makanan pada kini dan masa depan.

Beliau menghargai inisiatif-inisiatif yang telah dijalankan oleh rukun tertangga dan ahli komuniti yang menjadikan pandemik sebagai peluang untuk mereka menukar tanah kosong yang kecil kepada kebun bandar.

Tambahnya, kebun bandar juga tidak memerlukan tanah kerana orang ramai boleh bercucuk tanam menggunakan sistem hidroponik.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast