Takiyuddin Hassan Covid-19 positive
Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Pas menyeru kepada seluruh rakan-rakan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk terus istiqamah mempertahankan kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dibina bersama atas keruntuhan Pakatan Harapan (PH) perlu diteruskan.

“Pas menjunjung kasih ke hadapan KDYMM Yang di-Pertuan Agong atas kebersamaan Baginda dengan kerajaan dalam usaha gigih menguruskan dan menanganipenularan pandemik Covid-19 yang menjejaskan kehidupan rakyat jelata.

“Pas juga menzahirkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, sekaligus mempertegaskan sokongan kesemua 18 Ahli Parlimen Pas bersama kerajaan PN yang prihatin serta bertindak memastikan keselamatan, kehidupan ekonomi serta ketenteraman negara dan rakyat terjamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Takiyuddin, pihaknya juga mahu seluruh rakyat Malaysia bersama-sama meminta perlindungan daripada tuhan supaya wabak Covid-19 dihapuskan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Ikut suka PASlah nak sokong PN, PAS ahli gabungan PN. Toksah babitkan UMNO yang bukan ahli gabungan PN. Muhyiddin sudah merogol kerjasama dan sokongan UMNO pada PN. So GO TO HELL sama PN larrr. Kita tidak pernah pertikai tindakan PAS yang sanggup menduakan UMNO dalam Muafakat Nasional dan berpaling kepada pengkhianat UMNO. PPBM juga telah mengkhianati PAS sendiri.

Comments are closed.