Gambar hiasan. foto AP

WASHINGTON – Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) menderita dalam beberapa minggu ini ekoran kebimbangan kesan ekonomi akibat peningkatan kes koronavirus yang mendorong kejatuhan saham-sahamnya.

Dow Jones Industrial Average jatuh 2.3%, setelah turun lebih dari 3% pada awal hari ini.

S&P 500 pula susut 1.8% dan Nasdaq jatuh 1.6%.

Saham-sham di Eropah, yang menyaksikan kenaikan kes Covid-19 hingga menyebabkan pelaksanaan sekatan pergerakan turut merosot.

Saham-saham syarikat pengembaraan dan tenaga telah kerugian yang banyak.

Di Amerika Syarikat, saham syarikat pelayaran Royal Caribbean Group, Carnival dan Norwegian semuanya turun lebih dari 8%, sementara di United Kingdom (UK), pemilik British Airways IAG ditutup 7.6% lebih rendah.

Syarikat pelancongan telah menjadi yang paling sensitif terhadap amaran Covid-19, yang mana dibimbangiterus menjunam ketika musim sejuk semakin hampir.

Pada hari Isnin, Michael Ryan, Pakar Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia memaklumkan Eropah memerlukan langkah-langkah “lebih komprehensif” untuk mengendalikan virus tersebut.

”Sekarang ini kita terkebelakang dalam membendung virus ini di Eropah, jadi kita perlu melakukan usaha lebih pantas daripada apa yang dilakukan sekarang,” katanya.

Pada hari Isnin, CAC 40 Perancis berakhir 1.9% lebih rendah, sementara indeks Dax Jerman turun 3.7%.

Di UK, FTSE 100 turun hampir 1.2%.

Bagaimanapun, Presiden Donald Trump berikrar untuk mengelakkan sebarang sekatan aktiviti yang meluas, seperti sekatan pergerakan pada musim bunga ini, dengan mengatakan had tersebut tidak sepadan dengan kos ekonomi.

Tetapi keputusan itu biasanya dilaksanakan oleh pemimpin tempatan di Amerika, antaranya Datuk Bandar di El Paso, Texas dan Newark, New Jersey, yang mengadakan peraturan ketat pada hari Isnin.

Sepanjang minggu lalu, jumlah kes virus baharu yang dilaporkan setiap hari di AS berulang kali melepasi 80,000, menjadikan kumulatif tujuh hari ke paras tertinggi hampir 69,000 – kira-kira dua kali ganda daripada yang berlaku pada bulan September.

Jumlah kemasukan ke hospital melonjak 40% pada bulan lalu dan kadar kematian juga meningkat, walaupun lebih perlahan. – MalaysiaGazette