Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 13 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Tujuh Ketua Polis Daerah antara 34 pegawai kanan Polis DiRaja Malaysia (PSRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuatkuasa 20 November ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Senior Asisten Komisioner Datuk Asmawati Ahmad berkata, Ketua Polis Melaka, Deputi Komisioner Datuk Mat Kasim Karim akan bertukar ke Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan.

Manakala kekosongan jawatan beliau akan akan diisi oleh Deputi Komisioner Datuk Abdul Majid Mohd Ali yang merupakan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan di Bukit Aman.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Datuk Dev Kumar M M Sree pula bakal bertukar ke Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah.

Manakala kekosongan jawatan beliau di Sarawak akan diisi oleh Deputi Komisioner Datuk Fisol Salleh yang kini menjawat jawatan  Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Khas), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman.

Kekosongan jawatan Fisol pula akan diisi oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA) dari jabatan yang sama iaitu Deputi Komisioner Datuk Mastor Mohd Ariff.

Dalam pada itu, Deputi Komisioner Mohd Roze Shaari yang kini menyandang jawatan Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi Jabatan Siasata Jenayah Bukit Aman akan bertukar sebagai Timbalan Ketua Polis Kedah.

Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Kasuahdi Ali pula akan bertukar sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman.

Disamping itu, Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Azmi Abu Kassim pula bakal mengisi jawatan Kasuahdi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kai akan bertukar ke Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan /Pencegahan /Kepolisan Am) JSJ Narkotik.

Manakala Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan /Pecegahan /Kepolisan Am) SAC Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali pula akan bertukar menyandang jawatan sebagai Ketua JSJ Sarawak menggantikan Soon Kai.

SAC Sulaiman Yahaya selaku Ketua Penolog Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Pengurusan Penilaian Kompetensi, Jabatan Pengurusan Bukit Aman akan bertukar jawatan dengan Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan, Maktab PDRM Kuala Lumpur, SAC Abdul Razak Md Zin.

Ketua Polis Ampang ACP Noor Azmi Yusoff akan bertukar ke Bukit Aman sebagai Penolong Pengarah Kolaborasi Bersepadu, Bahagian Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Manakala Ketua Polis Daerah Kota Setar, Kedah ACP Nor Azman Mohd Noor akan menjawat jawatan Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran dan Belanjawan), Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor pula akan menggalas jawatan Timbalan Ketua JSJ Risikan dan Operasi Kuala Lumpur, diikuti Ketua Polis Daerah Sentul, ACP S. Shanmugamoorthy Chinniah bertukar ke Bukit Aman sebagai Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan dan Undang-Undang JSJ Bukit Aman.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah dan Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi masing-masing akan menyandang jawatan baharu sebagai ACP Lembaga Parol (II) dan ACP Lembaga Parol (III). – MalaysiaGazette