JPPM melarang semua pertubuhan atau persatuan mengadakan mesyuarat atau sebarang aktiviti sehingga 30 Jun 2020 sebagai langkah cegah Covid-19

KUALA LUMPUR – Dakwaan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bahawa belum ada tanda-tanda permohonan pendaftarab parti itu akan diluluskan setelah lebih dua bulan permohonan bertulis dan dalam talian dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) adalah tidak berasas sama sekali.

JPPM berkata, dakwaan berkenaan adalah tidak wajar kerana pihak Jawatankuasa Penaja Parti Pejuang telah beberapa kali mengadakan perbincangan bersama bagi tujuan semakan dan mendapatkan pandangan mengenai tindakan lanjut yang perlu diambil terhadap permohonan tersebut seperti yang dinyatakan sendiri oleh Parti Pejuang dalam kronologi kenyataan media mereka bertarikh 29 Oktober 2020.

”Seperti yang dimaklumkan kepada Jawatankuasa Penaja parti bahawa semakan terperinci hendaklah dilakukan pada setiap permohonan yang dikemukakan termasuk dokumentasi terutamanya perlembagaan yang merupakan rujukan utama sesebuah pertubuhan berdaftar,” katanya dalam kenyataan di sini.

Artikel berkaitan:Dua bulan tanpa jawapan, Pejuang desak RoS putuskan segera

Putra minta Pejuang sabar tunggu kelulusan RoS

Menurutnya, permohonan pendaftaran Parti Pejuang masih dalam penelitian dan semakan dan berdasarkan semakan rekod jabatan sehingga 29 Oktober 2020, permohonan pendaftaran Parti Pejuang belum diselesaikan sepenuhnya berdasarkan semakan permohonan pendaftaran dalam sistem eROSES.

Bagi tujuan tersebut, pihak Jawatankuasa Penaja Pejuang diminta untuk berhubung terus dengan JPPM bagi menyelesaikan urusan permohonan pendaftaran tersebut.

Menurutnya, Jawatankuasa Penaja Pejuang juga telah dimaklumkan mengenai keperluan pendaftaran yang lengkap melalui sistem sebelum pertimbangan sewajarnya dilakukan.

JPPM menambah, sebagai sebuah jabatan yang menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] dan mengawal selia semua pertubuhan berdaftar di Malaysia, ia menegaskan Jawatankuasa Penaja Parti untuk tidak menggunakan logo, lambang serta simbol sehingga pertubuhan tersebut didaftarkan secara sah di bawah Akta 335.

JPPM adalah jabatan yang melaksanakan tugas dan fungsi dengan adil dan saksama berdasarkan Rule of Law selaras dengan peruntukan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335]. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Soalannya bagaimana pakatan nasional dapat diluluskan tak sampai setengah bulan.Jadi jangan jadi pembohongan sbb Allah maha besar dia tahu buruk baiknya perangai

Comments are closed.