Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Seramai 532 individu dikompaun manakala 21 lagi direman kerana melanggar arahan Perintah kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan Kluster Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan yang dilakukan oleh individu terbabit ialah gagal menyediakan peralatan serta merekod butiran pelanggan ke premis-premis tertentu.

Katanya, daripada jumlah itu juga, seramai 153 daripadanya melakukan kesalahan tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.

“Seramai 87 individu tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan 37 lagi melakukan kesalahan apabila membuka perniagaan dengan lebih masa tanpa kebenaran,” katanya pada sidang media harian Covid-19 hari ini.

Menurut Ismail Sabri lagi, kesalahan turut dilakukan apabila terdapat aktiviti pusat hiburan manakala, 93 individu lagi melakukan lain-lain kesalahan.

Justeru, beliau mengingatkan pasukan khas akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard PKPP yang telah ditetapkan dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast