Lembaga Zakat Selangor
Lembaga Zakat Selangor (LZS)

KUALA LUMPUR – Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan membaik pulih beberapa rumah penduduk Orang Asli di Kuala Langat yang sebahagiannya didapati berada dalam keadaan yang semakin uzur.

Menerusi kenyataan, agensi itu memaklumkan bahawa rumah yang hendak diperbaiki itu turut dikenal pasti mempunyai sistem pendawaian elektrik yang sudah lama.

“Baru-baru ini, warga kerja Zakat Selangor Cawangan Kuala Langat turun melawat 17 kampung Orang Asli di daerah tersebut melibatkan 34 rumah.

“Kebanyakan rumah mereka dibina sejak 2009. Semoga bantuan disalurkan dapat memberikan keselesaan kepada mereka sekeluarga.

“Terima kasih pembayar LZS kerana wang zakat anda dapat membantu pihak memerlukan,” demikian menurut kenyataan tersebut. – MalaysiaGazette