Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah diarahkan melanjutkan tawaran diskaun sehingga 16 November ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, ia bagi membolehkan lebih ramai penumpang dapat menikmati manfaat berkenaan sehingga seminggu selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya tamat pada 9 November ini.

“MOT sentiasa mendengar suara rakyat dan prihatin serta komited dalam membantu meringankan beban pengguna pengangkutan awam khususnya semasa waktu sukar akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ka Siong juga mahu Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Datuk Ir. Kamarulzaman Zainal mengambil tindakan itu sewajarnya.

Beliau sebelum itu rasa terpanggil berbuat demikian selepas membaca hantaran Facebook Datuk Seri Najib Razak yang mencadangkan tawaran 50 peratus diskaun perkhidmatan ETS dan KTM antara bandar diteruskan.

Ia susulan pelaksanaan dan pelanjutan PKPB sehingga 9 November ini dan sebelum itu tawaran diskaun merupakan inisiatif KTMB untuk meringankan beban pengguna pengangkutan awam kurang mencapai objektif.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast