TERKINI : Sambutan Maulidur Rasul Dalam Norma Baharu

Setiap tahun umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.

Tetapi pada tahun ini aktiviti tersebut tidak dapat lagi diteruskan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat kian hari.

Tinjauan Lensa Malaysia Gazette mendapati masih ada juga yang melakukan aktiviti tersebut di rumah bagi memperingati detik bersejarah kelahiran Nabi Muhammad serta menghayati sirah dan sunahnya.

Walaupun pada hari cuti umum, sekitar Kuala Lumpur kelihatan lengang dan tidak meriah seperti dahulu. Orang ramai memilih untuk duduk di rumah bagi memutuskan penularan wabak Covid-19.

1 Komen

  1. Salaf dan taabi’een sayang nabi salallhu ‘alaihi wasallam dan Christians sebelum Council of Nicea 325 A.D sayang nabi Isa ‘alaihisallam tanpa merayakan harijadi mereka tetapi Syiah sejak Dinasti Fatimid sayang nabi salallhu ‘alaihi wasallam dan Christian sejak Council of Nicea 325 A.D sayang nabi Isa ‘alaihisallam mengada-adakan hariraya harijadi mereka. Tepuk dada tanya selera.

Comments are closed.