kesemua mereka telah ditempatkan di 63 hotel dan 18 premis lain termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di seluruh negara.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai 58,365 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai lalu sehingga 30 Oktober lalu.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kesemua mereka telah ditempatkan di 63 hotel dan 18 premis lain termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, seramai 9,960 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 381 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Seramai 48,024 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ismail Sabri, mereka telah pulang dari 36 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Laos, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India dan UAE.

Negara lain katanya, adalah Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, UK, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Ethiopia, Maldives dan Oman.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memberitahu, polis telah menahan 456 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jelas beliau, kesemua individu itu telah dikompaun kerana kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka seramai 174 individu, penjarakan fizikal (74), gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran diri (72), aktivti pusat hiburan (34), dan lain-lain 102 individu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.