TERKINI : Penangguhan Pilihan Raya Antara ‘Menu’ Hari Pertama Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Persidangan hari pertama Dewan Rakyat bagi sesi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 hari ini akan menjawab banyak persoalan mengenai COVID-19 dan usaha kerajaan dalam menanganinya, termasuk dalam hal berkenaan pilihan raya.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, hampir majoriti soalan dalam turutan awal pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan adalah berkenaan COVID-19.