Bekas Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berjalan keluar selepas mengadakan perbincangan bersama Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz mengenai Belanjawan 2021 di Kemterian Kewangan, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 01 NOVEMBER 2020

KUALA LUMPUR – Tidak ada Belanjawan Perpaduan 2021 sekiranya kerajaan menolak enam langkah utama untuk menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan ekonomi rakyat yang diusulkan Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, adalah mustahak supaya semua parti bersatu dalam merangkan Belanjawan Perpaduan yang boleh membantu rakyat Malaysia meneruskan kelangsungan hidup ketika kemelesetan ekonomi akibat pandemik.

Beliau bagaimanapun menegaskan proses perundingan belanjawan itu bukan bermakna PH menyokong atau menerima keabsahan kerajaan PN sekarang.

“Sekiranya enam langkah utama yang dicadangkan PH itu ditolak, ini bermakna tiada Belanjawan Perpaduan yang boleh memberi manfaat kepada negara, ekonomi dan rakyat.

“DAP sekali lagi mengulangi bahawa Belanjawan Perpaduan ini adalah penting dalam menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong yang telah menolak pengisytiharan darurat di negara ini, mengelakkan sebarang permohonan darurat tambahan serta mengelakkan pilihan raya umum yang hanya akan memburukkan lagi keadaan Covid-19.

“Bajet Perpaduan ini tidak sama dengan kerajaan perpaduan yang dispekulasikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara enam langkah utama yang dicadangkan PH adalah melanjutkan moratorium pinjaman sehingga 31 Mac 2021, subsidi upah diteruskan sehingga 31 Mac 2021 serta memberi peruntukan pembangunan kepada Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Kebangsaan (NFCP) dan menambah baik infrastruktur air di Selangor.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. betul tu . kalau tak ada bajet itu ph jangan sokong . biar agong tahu . bajet pn bajet politik bukan bajet rakyat .

  2. masa APEK ni jadi menteri tiada rundingan bincang dgn pembangkang…kalau ada pun tutup mata dan pekakkan telinga… RAKYAT TIDAK LUPA apek ini istiharkan kerajaan TIADA WANG dan BANGKRAP kerana hutang2 yang ditinggalkan hingga MEMUTUSKAN TIADA kenaikan gaii PENJAWAT AWAM..ingin HAPUSKAN PENCEN dan mengurangkan PENJAWAT AWAM ….terpaksa TUBUHkan TABUNG HARAPAN SERTA MENJUAL ASET2 NEGARA

  3. Woiii.. Apek. Masa PH Pakatan Hancing berkuasa ada ka bincang dulu bajet dgn pembangkang.
    Apa pembangkang cadang pun Puak Hancing tk peduli pun.
    Penipu punya NgongEngg..

Comments are closed.