Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

KUALA LUMPUR – Kerajaan bakal menaik taraf Institut Koperasi Malaysia (IKM) yang kini mencecah usia 64 tahu sebagai universiti.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi  Tuanku Jaafar berkata, IKM yang ditubuhkan pada 1956, bakal diberi ‘nafas baharu’ sejajar dengan keupayaannya terhadap sektor koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Beliau berkata, perubahan status pusat latihan yang mulanya dikenali sebagai Maktab Koperasi Malaysia itu dijangka dapat meningkatkan daya saing, kualiti dan sumbangannya kepada negara sekaligus memartabatkan koperasi di mata masyarakat.

“Sebanyak 30 peratus subjek yang diajar di IKM berteraskan usahawan yang mempunyai keunikan dan latihan sendiri dan kita mahukan IKM dijadikan universiti penuh supaya mempunyai displin latihan yang menu.

“Subjek yang di ajar antarnya adalah ilmu koperasi, ilmu mentadbir, mengurus koperasi, ilmu perniagaan dan pelbagai lagi.

“Kita mensasarkan mahu mengambil anak-anak ahli koperasi untuk dilatih. Kerana itu, kita mahu mendapat kelulusan KPT untuk memberi akreditasi atau pengesahan untuk IKM apabila menjadi universiti nanti.

“Ini dirancang bagi memberi latihan supaya mereka dapat mengurus koperasi di samping memberi ilmu keusahawanan dan pengauditan dan perakuan kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul Rang Undang-Undang Koperasi (Pindaan) 2020 di Dewan Rakyat, hari ini

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, pindaan akta itu amat relevan ketika ini bagi memudahkan penubuhan koperasi di samping menggalakan penglibatan masyarakat dalam koperasi di samping mampu mengelakkan kadar pengganguran khususnya ketika negara berdepan pandemik Covid-19.

Menurutnya, kebanyakan negara di seluruh dunia telahpun mengurangkan jumlah ahli sebagai syarat untuk penubuhan koperasi baharu yang perlu dilaksanakan agar koperasi di Malaysia setaraf dan setanding di luar negara.

“Ini merupakan langkah terbaik dan cadangan dibuat mengambil keluar 2017 dan diguna pakai pada pindaan 2018 adalah relevan supaya kita dapat bergerak ke hadaopan bersama koperasi di seluruh dunia,” tambah beliau.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, kini koperasi di Malaysia berjumlah 14,668 namun dan hampir 80 peratus ahlinya adalah dalam golongan B40.

“Walaupun banyak koperasi mempunyai kekayaan aset dan kebolehan pendapatan tinggi tetapi dalam masa sama ahlinya masih orang B40 oleh kerana 80 epratus B40 ini kumpulan yang sangat terjejas ketika PKP dilaksanakan. – MalaysiaGazette