(Picture for representational purposes only) Foreign construction workers queuing up for their Covid-19 screening following the outbreak at Jalan Batai, Bukit Damansara. PIX: AFIQ RAZALI / MalaysiaGazette / 09 MAY 2020 foreign workers intake Ministry of Human Resources
Pekeliling kononnya kerajaan dalam proses menamatkan khidmat pautan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) yang digunakan untuk tujuan pemprosesan dan pengurusan pekerja asing ke Malaysia adalah palsu.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pintu sempadan Malaysia masih ditutup termasuk kepada pekerja-pekerja asing untuk kembali bekerja di Malaysia.

Ketika diminta mengulas mengenai ribuan pekerja asing warga Bangladesh yang mahu kembali bekerja di Malaysia tetapi terkandas di Dhaka, Ismail Sabri menegaskan, pekerja atau rakyat dari negara berisiko masih tidak dibenarkan memasuki Malaysia.

Bagaimanapun, sebarang kebenaran berhubung kemasukan warga asing ke Malaysia, jelas beliau, adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Imigresen Malaysia.

“Seperti yang kita semua maklum, Bangladesh adalah salah satu daripada 23 negara yang diketatkan kemasukannya ke Malaysia kerana ia adalah negara berisiko tinggi (Covid-19).

“Walaupun ramai yang mahu pulang ke Malaysia namun tiada kebenaran diberikan.

“Kuasa adalah di bawah JIM tetapi saya yakin JIM masih belum tukar polisi tersebut.

“Saya juga tidak tahu sama ada pihak kedutaan (Bangladesh) ada bertemu dengan Wisma Putra atau tidak tetapi setakat hari ini pekerja atau rakyat negara berisiko tinggi masih tidak dibenarkan memasuki Malaysia,” katanya semasa sidang media hariannya hari ini.

Tambah Ismail Sabri, kerajaan Malaysia juga tidak pernah menyekat sebarang perbincangan dengan Kedutaan Bangladesh berhubung isu ini.

Semalam, media New Age Bangladesh melaporkan 25,000 pekerja asing warga Bangladesh yang pulang ke negara itu untuk bercuti terkandas di Dhaka dan tidak dapat kembali semula ke Malaysia untuk bekerja akibat pandemik Covid-19.

Mereka berhimpun di Kementerian Luar Bangladesh di Dhaka meminta supaya kerajaan negara tersebut memudahkan urusan mereka untuk kembali ke Malaysia.

Menurut laporan berkenaan, kebanyakan pekerja tersebut memiliki visa tamat tempoh kerana tidak dapat pulang mengikut masa yang ditetapkan dan ini menyukarkan lagi keadaan.

Setiausaha Luar Bangladesh, Masud Momen memberi jaminan kepada pekerja-pekerja tersebut untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan Malaysia. – MalaysiaGazette