Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi menunjukkan harga barangan basah selepas sidang media mengenai Pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali (SHMMP) di Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 05 NOVEMBER 2020

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan meningkatkan pemantauan pematuhan sepanjang lapan hari pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sebagai langkah melindungi hak pengguna.

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pegawai-pegawai penguatkuasa akan berada di tempat- tempat terpilih untuk memantau etika peniaga dan memberi amaran kepada semua peniaga supaya mematuhi peraturan di bawah skim ini.

“Ini bertujuan mewujudkan ruang persekitaran perniagaan yang selamat dan beretika melalui kehadiran pegawai penguat kuasa,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara Live Fb eh KPDNHEP.

Di samping itu, KPDNHEP katanya lagi akan  memperkukuhkan pemantuan harga barang kawalan dengan mengadakan kerjasama bersama pelbagai pihak.

Menurutnya, peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini tidak akan terlepas daripada tindakan tegas berdasarkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti berikut.

(i) Kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum:

(a) Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000; dan

(b) Syarikat; boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000;

(ii) kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal:

(a) individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000; dan

(b) syarikat; boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.

Alexander turut menyarankan kepada pengguna supaya menyalurkan aduan pematuhan SHMMPP kepada kementerian  melalui beberapa platform termasuklah portal [email protected], Call Centre 1800 886 800, aplikasi telefon pintar Ez ADU dan Enforcement Command Centre (ECC) 03-8882 6245 / 6088.

“Juga boleh terus Whatsapp ke 019- 279 4317 selain lapor atau hadir ke mana-mana 73 buah pejabat KPDNHEP di seluruh negara,” katanya.

SHMPP dikuatkuasakan bermula 9 November sebingga 17 November 2020. -MalaysiaGazette