ndividu bernama Yap Wen Qing yang difahamkan sebagai presiden Persatuan New Youth Universiti Malaya (UMANY) bersama peguamnya Rajsurian Pillai (kanan) hadir untuk memberi keterangan dari polis dalam siasatan kes didakwa mencabar kuasa Yang diPertuan Agong Oktober lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang. foto MOHD ADZLAN, 05 NOVEMBER 2020.

KAJANG – Presiden Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY) mempertahankan kenyataan mereka terhadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bertajuk “YDPA tidak harus mencampuri hal ehwal negara.”

Menurut Yap Wen Qing, mereka sekadar mengulangi apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun kenyataan mereka dalam versi Inggeris dan Cina dalam laman Facebook persatuan itu pada 13 Ogos lalu didakwanya telah diputarbelit oleh cybertroopers yang berniat jahat sehingga menjadi pertikaian rakyat.

Dakwa Wen Qing, sebagai sebuah badan aktivis, pihaknya berpendapat, mahasiswa mempunyai tanggungjawab meluahkan pendapat mengenai situasi politik dan kenyataan itu berdasarkan perlembagaan Persekutuan yang mana menekankan YDPA tidak harus melibat diri dalam politik.

“Kami mengulangi pendirian kami sebenar yang ingin disampaikan adalah berkenaan kuasa dan hak hak YDPA yang tertakluk kepada Perkara 40(1) (a) dan perkara 40 (2) Perlembagaan Persekutuan yang kami junjung turut memastikan hak sama rata di sisi undang-undang.

“Setiap orang berhak menikmati hak asasi yang termaktub dalam Perlembagan seperti kebebasan bersuara yang mesti dititikberatkan.

“Kami ada penghormatan tinggi kepada YDPA sebagai ketua utama negara, perbincangan rasional kuasa kerabat diraja tidak harus dihalang, kenyatan kami sekadar mengulangi perkara yang termaktub dalam perlembagaan iaitu ianya tak harus disekat dan diserang mana-mana pihak,

“Namun cybertrooper dari sesetengah pihak berniat jahat telah memutarbelit kenyataan kami dan mencetuskan pertikaian ramai,” katanya kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan kepada polis selama dua jam setengah di IPD Kajang sejak 2.15 petang tadi.

Selepas menerima nasihat peguam mereka, katanya, laman FB persatuan itu telah dinyahaktif pada malam yang sama bagi mengelak maklumat yang diputarbelit dan bersifat perkauman itu merebak.

Malah dakwa Wen Qing, terdapat juga hujah yang mengtakan bahawa kebebasan ada had atau terbatas dan juga kebebasan bersuara.

Hujah berkenaan dakwanya dijadikan punca utama sebahagian orang melarang UMANY membincangkan konsep sistem Raja Berperlembagaan bermaksud YDPA harus bersikap neutral dalam bidang politik.

“Kami berpendapat kebebasan ada limit tapi bukan bererti fikiran kita jadi sempit sehingga tak boleh melakukan perbincangan terhadap struktur politik negara..memetik kenyataan jaringan hak asasi manusia iaitu, hak asasi masyarakat adalah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia tidak harus ditekan oleh sebarang mekanisme sama ada kabinet, Parlimen perundangan mahupun ketua negara.

“Walaupun YDPA sebagai simbol negara harus dihormati tetapi semua badan dalam sistem demokrasi termasuk tindakan kerabat diraja perlu menerima semakan masyarakat dan ahli akademik serta sistem demokrasi berparlimen,” ujarnya.

Malah beliau mendakwa kononnya tindakan mereka menyatakan sokongan terhadap gerakan demokrasi yang berlaku di Thailand mendorong sesetengah orang menuduh UMANY sebagai anti monarki.

Menurutnya, pihaknya hanya menyokong tiga tuntutan masyarakat Thai iaitu membubar Parlimen, berhenti mengugut pihak tak sependapat dengan kerajaan dan akhirnya gubal perlembagaan yang dirangka oleh pihak tentera.

“Ia juga diputarbelit oleh sesetengah orang yang memutarbelit kenyataan kami itu mengakibatkan ahli kami menjadi mangsa buli termasuk buli siber selain dilabel pengkhianat, DAP parti komunis dan cemuhan Cina tidak harus berada di negara ini.

“Kami juga terima gangguan keselamatan peribadi dan kesihatan ahli dan bekas ahli turut menerima panggilan ugutan serta panggilan gangguan seksis.

“Kenyataan kami tidak berbaur perkauman tapi melabel masyarakat Cina dengan parti komunis dan dilabel pendatang tapi kami bertegas tidak akan tunduk terhadap sebarang serangan sebegitu,” tegasnya.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Cabar kuasa YDPA: Presiden UMANY dirakam keterangan lebih 2 jam

3 Komen

  1. Kurang hajar persatuan umany dan patut d haram kerana ahli2nya pengikut DAP parti komunis, anti raja2 melayu, patut d halau daripada duduk d Malaysia, pejuang perkauman semua ahli2nya pengkhianat & bangsat..puiii

  2. Penjajah British bawa masuk tersangat ramai pendatang buruh di lombong timah dan ladang getah dari China dan India untuk menguntungkan ekonomi British tiada hak beri taraf warganegara tempatan kepada kaum pendatang buruh dalam Malayan Union sebab penjajah British ada hak beri taraf warganegara British kepada kaum pendatang buruhnya lebib-lebih lagi pendatang ada hak warganegara dengan negara-negara asal mereka masing-masing.
    Tibalah masanya Melayu sedarkan Pak Pandir politikus menang bersorak tetapi kampungnya tergadai sehingga tanah Melayu merosot ke 12% dan majority ekonomi negara dimiliki kaum pendatang supaya ikut contoh negara-negara kecil Qatar, UAE, Kuwait, dan baru-baru ini the Dominican Republic ratifikasi ICERD sambil enggan ikhtiraf kaum pendatang tinggal lama sehingga cucu-cicit sebagai warganegara tempatan demi menjamin hak keistimewaan pribumi mereka. Bila lagi?

  3. Memang mereka ini adalah agent DAP serta doktrin Komunis alaf 2020 ..
    Dasar tidak tahu asal usul dan sepatutnya kena ajar cukup-cukup budak cina ni supaya dia sedar mai menumpang kat Tanah Melayu.
    Tengok masa pru15 dia akan tunjuk imej sebenarnya dan parti yg dia akan pi buat hasut supaya kaum dia percaya.

Comments are closed.