Gelagat murid sewaktu melakukan aktiviti mewarna pada hari pertama sesi prasekolah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Taska Kemas Bunga Raya, Presint 11, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 01 JULAI 2020

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM170 juta diperuntukkan bagi program pendidikan awal kanak-kanak kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, peruntukan itu antaranya bagi membiayai Bantuan Makanan Tambahan, Bantuan Per Kapita, serta penyelenggaraan dan pembaikan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska).

“Dengan peruntukan RM20 juta, Pusat Komuniti dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini turut dilengkapi kemudahan penjagaan diri, kelas tuisyen, perpustakaan mini dan program bimbingan mentor,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat di sini hari ini. – MalaysiaGazette