Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) terus menerima peruntukan terbesar membabitkan sebanyak RM50.4 bilion yang meliputi 15.6 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan bawah Belanjawan 2021.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pendidikan adalah pelaburan paling penting dalam usaha memastikan kualiti kehidupan lebih baik untuk generasi akan datang.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, sebanyak RM16 bilion diperuntukan kepada Kementerian Pertahanan dan RM17 bilion kepada Kementerian Dalam Negeri.

Peruntukan berkenaan diumumkan sebagai langkah kedua-dua pasukan keselamatan itu memperkuat sistem pertahanan negara dan ketenteraman awam.

Jelas beliau, belanjawan tahun depan juga menyediakan dana RM2.3 bilion untuk penyelenggaraan aset utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Peruntukan itu bertambah berbanding yang diumumkan pada tahun lalu untuk Bbelanjawan 2020, iaitu sebanyak RM2 bilion.

“Peruntukan ini bagi memastikan kesiapsiagaan aset-aset utama ATM dalam menghadapi sebarang cabaran yang bakal mendatang,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast