Kerajaan memperuntukkan dana bernilai RM4.6 bilion bagi memperkasakan golongan usahawan, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR –  Kerajaan memperuntukkan dana bernilai RM4.6 bilion bagi memperkasakan golongan usahawan, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurutnya, sebanyak RM510 juta diperuntukkan bagi pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“RM800 juta melalui program peningkatan keupayaan oleh Bank Pembangunan Malaysia dan SME Bank. RM2 bilion diperuntukkan bagi membantu pembiayaan PKS Bumiputera melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).

“RM1.3 bilion lagi untuk pelbagai program peningkatan kapasiti termasuk pembangunan profesional, Dana Kemakmuran Bumiputera serta program atau projek khusus untuk Bumiputera,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di  Dewan Rakyat hari ini. – MalaysiaGazette