Salah satu helikopter yang terselamat selepas bertembung sebelum terhempas di Jalan Melawati, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 08 NOVEMBER 2020.

GOMBAK – Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap insiden dua helikopter terhempas di Taman Melawati, hari ini.

“Mereka berlepas dari Subang ke Genting Sempah. Helikopter ini daripada syarikat sama My HeliClub.

“(Punca kemalangan) masih siasat sama ada aktiviti mereka pada hujung minggu,” kata beliau kepada media, hari ini.

Polis sebelum ini mendedahkan identiti dua mangsa yang maut dalam insiden itu.

Mereka adalah Mohd Irfan Mohamed Rawi, 41, dan Mohd Sabri Baharom, 56.

Manakala dua mangsa yang terselamat adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAS), Datuk Ahmad Jauhari Yahya dan Tan Chai Elan.

Menurut Mohamad Farouk, kedua-dua mayat telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Helikopter itu dibawa Komander (B) Mohd Sabri Baharom.

“Kami sedang menunggu laporan DCA,” katanya lagi. – MalaysiaGazette