TERKINI : UMANY Dakwa Polis Salah Guna Kuasa – Yap Weng Qin

Hanya enam Ahli Jawatankuasa Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY) yang hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang sekitar 11.15 pagi tadi sedangkan Sabtu lalu tujuh orang diberi perintah hadir dirakam keterangan pada 9 November 2020 untuk membantu siasatan kes bersabit kenyataan Presiden persatuan itu, Yap Weng Qin yang didakwa mencabar kuasa Yang diPertuan Agong supaya tidak mencampuri hal ehwal negara 13 Ogos lalu.

Weng Qin ketika bercakap kepada pemberita sambil membidas tindakan polis mendakwa kononnya polis menyalahgunakan kuasa memanggil para ahli jawatankuasa UMANY walaupun keterangan presiden dan naib presiden sudah diambil 5 November lalu dan sudah memadai untuk siasatan itu