Penduduk Lembah Klang akan berdepan dengan gangguan bekalan air tidak berjadual sekali lagi apabila Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan pencemaran bau seakan pelarut di Sungai Selangor, 12.45 tengah hari ini.

Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) insiden itu menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas selepas mengesan pencemaran di Muka Sauk LRA Rantau.