Kamala Harris. foto Agensi

WASHINGTON – Seorang anggota House of Lords (Dewan Bangsawan), Kilclooney diminta memohon maaf selepas merujuk Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris sebagai “orang India”.

“Apa akan jadi jika Biden keluar dan seorang India akan menjadi Presiden? Siapa kemudian dilantik Naib Presiden?” soal Kilclooney dalam ciapannya.

Harris telah melakar sejarah apabila dilantik sebagai wanita pertama, wanita kulit hitam dan individu Asia-Amerika sebagai Naib Presiden AS.

Setelah speaker dewan menyuruh Kilclooney untuk menarik balik dan meminta maaf, beliau bersetuju untuk menarik balik pernyataan itu.

Namun, rakan sejawatnya di Ireland Utara itu menafikan tweet Kilclooney bersifat perkauman dan tidak meminta maaf berhubung kenyataan awal.

“Walaupun Biden bangga menjadi orang Ireland dan Harris juga bangga dengan latar belakangnya dari India, saya menarik balik rujukan saya kepadanya sebagai orang India kerana nampaknya telah mengecewakan segelintir orang,” kata Kilclooney pada Isnin petang.

Menurutnya, beliau tidak tahu nama Harris dan mengenalinya dengan istilah India kerana kebanyakan orang memahaminya sebagai tidak rasis.

Lord Kilclooney, juga dikenal sebagai John Taylor adalah mantan Timbalan Pemimpin Parti Ulster Unionist yang kini duduk di House of Lords sebagai rakan dewan.

Beberapa ahli Senat menyifatkan kenyataan awalnya mengenai Harris adalah rasis dan melaporkannya kepada Speaker.

Harris adalah seorang warga AS yang dilahirkan di Oakland, California. Ibu bapanya seorang migran dan ibunya dari India dan bapanya, Jamaica. – MalaysiaGazette