Xinhua previously said, 84 people were taken to hospital for treatment following the blast.

BOGOTA – Letupan di lombong arang batu di bandar Topaga, Colombia, di bahagian tengah Boyaca, yang disebabkan oleh pengumpulan gas menyebabkan dua orang mati dan dua lagi cedera.

Datuk Bandar Topaga, Alvaro Barrera berkata, dua mangsa yang maut itu ditemui dengan kesan melecur yang teruk.

Pasukan keselamatan yang tiba di tempat kejadian sejurus menerima laporan letupan itu dilaporkan telah memulakan usaha menyelamat, katanya.

“Pemeriksaan dilakukan dengan alat pernafasan litar tertutup kerana kepekatan karbon dioksida yang tinggi. Walaupun bantuan pengudaraan dipasang, tetapi dua pekerja itu telah ditemui mati,” kata Barrera.

Mangsa yang maut dikenali dikenalpasti sebagai warganegara Colombia dan Venezuela.

Lombong yang terletak di perkampungan Penas de Aguila tidak mempunyai permit atau syarat-syarat yang diperlukan untuk beroperasi, jadi para pelombong bekerja secara senyap-senyap pada waktu malam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast