Covid-19 cases Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Director-General of Health, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA – Kes positif baharu Covid-19 seluruh negara termasuk Sabah hari ini semakin menunjukkan penurunan apabila sebanyak 822 kes positif direkodkan.

Ia berkurangan berbanding 869 kes semalam sekaligus menjadikan jumlah kes dalam negara setakat ini adalah 42,872 kes.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 11,497 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Justeru menurutnya, Sabah walaupun mendahului negeri lain dengan jumlah kes tinggi seperti biasa namun jumlah hari ini turun di bawah paras 500 kes iaitu hanya 258 kes direkodkan atau 31.5 peratus daripada keseluruhan kes positif.

Noor Hisham berkata, Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 202 kes (24.6 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes positif hari ini.

Sebanyak 24 kes (2.9 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara iaitu melibatkan Kluster Tembok (15 kes), Kluster Penjara Kepayan (3 kes), Kluster PTS Tawau (2 kes), Kluster Rumah Merah (2 kes), Kluster Penjara Sandakan (1 kes) dan Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes).

Daripada 822 kes baharu pada hari ini,katanya, terdapat tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara iaitu satu kes warga tempatan dan enam kes warga asing yang pulang dari negara India, Kanada, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu, Afghanistan (1 kes), Rusia (1 kes), Arab Saudi (1 kes).

“Manakala Negeri Sembilan merekodkan 225 kes, Selangor teruskan kes tiga angka iaitu 176 kes,Wilayah Persekutuan Labuan 46 kes, Pulau Pinang 26 kes,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 17 kes, Kedah 17 kes, Sarawak 14 kes, Perak 14 kes, Johor 10 kes, Melaka enam kes ,Putrajaya tiga kes, Perlis dua kes dan akhirnya Kelantan satu kes,” katanya dalam sidang media hari ini.

Sehingga kini, ujarnya terdapat 86 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi yang mana 30 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Malah katanya, bilangan kes pulih Covid-19 hari ini adalah sebanyak 769 kes menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah 31,073 kes atau 72.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau juga memaklumkan terdapat pertambahan dua kes kematian baharu sekali gus menjadikan jumlah kes kematian adalah 302 kes.

“Kedua-dua kes berkenaan adalah di Sabah iaitu kes ke-301 adalah kes 40,565 membabitkan seorang perempuan asing berusia 22 tahun meninggal dunia di Hospital Tuaran manakala kes ke 302 adalah kes 41,578 seorang wanita asing berusia 67 tahun meninggal dunia di Hospital Dutchess of Kent,” tegasnya.- MalaysiaGazette