full scale MCO Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020. parliament sitting Malaysia
Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020.

KUALA LUMPUR – Pusat Mediasi Covid-19 akan beroperasi dan menerima permohonan khidmat pengantaraan mulai hari ini dengan nilai pertikaian tidak melebihi RM300,000.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia antara lain melibatkan perkara berkaitan kontrak kerja pembinaan, perundingan pembinaan berkaitan pembekalan bahan kelengkapan atau pekerja pembinaan yang berkaitan dengan kontrak pembinaan.

Pengwujudan pusat itu susulan pewartaan Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 [Akta 829] pada 23 Oktober 2020 lalu.

Akta ini memberi pengecualian atau relief kepada rakyat yang tidak mampu memenuhi obligasi kontraktual seperti pembayaran sewa akibat penularan Civud-19.

“Bon pelaksanaan atau yang setara yang diberikan menurut suatu kontrak pembinaan atau kontrak pembekalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Takituddin, ia turut meliputi kontrak perkhidmatan profesional, pajakan atau sewaan harta tak alih bukan kediaman dan kontrak acara bagi penyediaan tempat penginapan, kemudahan, pengangkutan, hiburan, katering atau perkhidmatan lain.

Selain itu, katanya, ia turut merangkumi kontrak pengusahaan pelancongan yang ditakrifkan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482], kontrak bagi penggalakan pelancongan di Malaysia serta kontrak yang berhubungan dengan ziarah keagamaan.

Jelas Takiyuddin, pemohon di bawah kategori B40, M40 serta PKS Mikro dan Kecil layak menerima subsidi bagi menampung kos khidmat pengantaraan.

Katanya, syarat-syarat kelayakan permohonan boleh disemak menerusi laman sesawang www.pmc19.gov.my.

Tambah beliau, kerajaan akan bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan mediasi untuk menyediakan khidmat pengantaraan kepada pemohon yang layak.

Pada Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021 berkata, penubuhan Pusat Mediasi Covid-19 adalah untuk membantu kumpulan B40 dan M40 serta perusahaan mikro yang mempunyai pertikaian berhubung obligasi kontraktual. – MalaysiaGazette