Saya tidak takut untuk mati (Covid-19)”. Itu respon tenang dan pantas Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah kepada Ahli Parlimen Bintulu di Dewan Rakyat iaitu Tiong King Sing yang mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan itu sebab kenapa beliau tidak melawat negeri Sabah sambil mempersoalkan apakah ia disebabkan terlalu takut untuk mati. Noor Hisham bagaimanapun menjawab bahawa beliau dan pasukan kesihatannya tidak takut untuk mati dan menerima kematian itu.















