Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Setakat jam 6 pagi tadi, sejumlah 888 (69%) daripada 1,279 kawasan yang telah mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual telah menerima bekalan air semula.

Oleh itu, hanya 391 kawasan yang masih terjejas dan dalam proses pemulihan, kata Pengurusan Air Selangor.

Artikel berkaitan:LRA Sungai Selangor dihenti tugas, LUAS kesan pencemaran bau

Pencemaran LRA Rantau Panjang: Polis mula siasatan

Punca pencemaran bau daripada pembuangan bahan kimia ke lurang kumbahan IWK

Ganjaran RM5,000 jika salur bukti hingga dalang pencemaran air ditangkap

40 tong bahan kimia ditemui dipercayai ada kaitan pencemaran Sungai Selangor

Di Kuala Selangor 99% kawasan telah pulih manakala di Kuala Langkat 80%, Hulu Selangor 87% dan Kuala Lumpur 75%.

Gombak pula 55%, Klang/Shah Alam 51% dan Petaling Jaya 69%.

Gangguan bekalan air berlaku disebabkan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor yang dikesan pada 10 November. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Disaat2 sukar, di Selangor bukan sahaja makan minum sahaja dicatu, nak BERAK KENCING juga terpaksa dicatu?

    Tak ada usaha baru ke nak bina loji2 baru, projek air baru sebagai back-up ke apa2? Loji yang AGING tua tu la yang telah banyak berjasa legasi kerajaan dahulu!

    DAP makan gaji buta ke? Betul2 HANCING?

Comments are closed.